Berusia 60 tahun, berkeluarga dengan seorang isteri dan 3 orang anak. Kini dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (Kesihatan) di Dewan Rakyat.
Pernah menceburkan diri dalam perniagaan dan aktif dalam kerja-kerja khidmat masyarakat bersama NGO. Berpengalaman dalam industri pembinaan, perumahan dan pernah berkhidmat lebih 15 tahun dalam pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Latar Belakang Pendidikan
1980
Sijil Pelajaran Malaysia
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
1984
Sijil Kejuruteraan Awam
Politeknik Kuantan, Pahang
1988
Diploma Kejuruteraan Awam
Oita National College of Technology, Japan
2017
Certificate Train The Trainer
NIOSH Malaysia
Pengalaman Kerjaya
1988-2002
Penolong Jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2002-2019
Perunding Latihan CIDB
2018-2020
Ahli Lembaga Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan
2018-2020
Ahli Lembaga Amanah Yayasan Taqwa (MAIWP)
2019-Kini
Ahli Lembaga Pengarah, Invoke Solutions Sdn Bhd
2022-Kini
Pengerusi Koperasi Gerak Bakti Harapan Negeri Sembilan Berhad
2024-Kini
Dilantik sebagai Pengerusi Institut Koperasi Malaysia (IKMa)
Pengalaman NGO
2009-Kini
Bendahari, INSAF Technical Relief Malaysia
2018-Kini
Pengerusi, Pertubuhan Warga Prihatin Putrajaya
2018-Kini
Pengerusi, Pertubuhan Interaksi Rakyat Malaysia
Penglibatan Politik
1999
AJK Pilihanraya Parlimen Bandar Tun Razak (PRU-10)
1999 - 2004
Ketua Pemuda KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan
1999 - 2004
Ketua Bahagian KEADILAN Cheras
2004 - 2007
Setiausaha Biro Menjana Tenaga Kemenangan PUSAT
2004
AJK Pilihanraya Parlimen Bandar Tun Razak (PRU-11)
2007 - 2022
Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya
2007 - 2022
AJK KEADILAN Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan
2008
Pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak (PRU-12)
2008 - 2010
Ketua Sekretariat Biro Latihan Pusat KEADILAN
2010 - 2013
Sekretariat AJK Penggerak Sukarelawan KEADILAN
2013
Calon Parti KEADILAN Rakyat Parlimen Sembrong, Johor (PRU-13)
2013 - 2018
Penyelaras Parlimen Sembrong, Johor
2016 - 2018
Pengarah Strategik Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan
2018
Calon Parti KEADILAN Rakyat Parlimen Sembrong, Johor (PRU-14)
2018 - 2022
Timbalan Pengerusi KEADILAN, Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan
2022
Memenangi kerusi Parlimen Batu Pahat (Ahli Parlimen Batu Pahat)
2023
Dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen (JK) Kesihatan
2024
Dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden Parti KEADILAN Rakyat